Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti.Anda bebas memilih mana-mana satu kaedah.
1. Permohonan melalui UPU secara ONLINE. >>>Iklan kemasukan dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari bulan Januari hingga April.
>>>Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional dengan harga RM 10.60.
>>> Pemohon perlu melayari www.upu.mohe.gov.my Penuhkan data permohonan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara ONLINE

2. Permohonan secara ONLINE melalui e-pengambilan disini >>> Download panduan sistem e-Pengambilan disini
kkjerantut-ePengambilan
3. Permohonan menerusi Aplikasi Pintar CCSmart

kkjerantut-stepbystepccsmart

 

4. Secara Datang Sendiri (walk-in)

Kami juga menerima pemohon-pemohon yang datang secara peribadi ke >>>
Kolej Komuniti Jerantut,
Taman Wawasan, Jalan Jerantut-Temerloh,
27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-2662 945
Faks : 09-2662 946

Tidak. Kolej Komuniti adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kolej Komuniti menawarkan 2 jenis kursus:
Kursus Jangka Pendek dan SIJIL KOLEJ KOMUNITI.
Kursus Jangka Pendek adalah kursus yang relevan dengan kehendak komuniti setempat seperti kursus masakan, menjahit, baik pulih perkakasan elektrik, pastri, bahasa, rekreasi, baik pulih rumah, penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi. Senarai dan jenis kursus yang ditawarkan antara kolej-kolej komuniti mungkin berbeza bergantung kepada keperluan semasa dan permintaan penduduk setempat. Kursus masakan, pastri, dan menjahit masih kekal sebagai kursus paling diminati antara semua kursus yang ditawarkan.

Kursus SIJIL KOLEJ KOMUNITI adalah kursus sepenuh masa 18 hingga 24 bulan  bagi 4 bidang latihan yang ditawarkan di kolej komuniti terpilih.

  • Sijil Kolej Komuniti (SKK) adalah sijil yang dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang menamatkan kesemua kursus-kursus yang telah ditentukan bagi sesuatu program itu.
  • Tempoh pengajian adalah 18 ke 24 bulan secara sepenuh masa.
  • Sijil ini memenuhi piawaian  JPA/ MQA. Pelajar perlu lulus semua matapelajaran berkaitan. Untuk layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti (SKK) pelajar tersebut mestilah LULUS SPM
  • Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA
  • Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti.
  • Untuk kursus SKK Akuakultur atau Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, tempoh pengajian adalah antara 18 hingga 24 bulan (sekiranya lulus semua matapelajaran tanpa ulang semester).

Yuran pengajian bagi Sijil Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00 per semester untuk SKK(T) dan RM200.00 per modul untuk SKK(M). Yuran ini tidak termasuk yuran pelbagai.

Tiada penginapan. Walaubagaimanapun, pihak kolej boleh membantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan.

Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.

Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian

Lulusan Sijil Kolej Komuniti juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma dengan memohon di mana-mana Universiti atau Politeknik yang menawarkan bidang berkaitan.

Comments

comments

Share This